
Sebelum Subuh lagi aku dikejutkan dengan deringan telefon bimbitku.Tertera pada skrin “Ibu Syurgaku”.Seakan ada satu kuasa menyentakku dari kantuk dan serasa seperti seluruh jasadku dipenuhi tenaga yang entah dari mana datangnya,namun yang pasti semuanya dari DIA
Ibu,seperti biasa awwalul kalamnya-bertanya khabar beritaku di bumi Russia.Kemudian diikuti dengan cerita sekitar keluarga.Abah,opah,adik-adik dan yang lain-lain.Bila ditanya tentang isu yang melanda bumi Malaysia, ibu mengeluh lembut.Ibu mengambil jangka masa yang lebih dari sedia kala untuk memberi maklum balas.
“Ibu tak nak komen apa-apa.Fazal dah cukup dewasa untuk membezakan yang mana betul,yang mana tidak.Jangan lihat masalah ni semua dengan mata kasar sebab mata kasar kita selalu menipu.Lihat dengan mata hati.Tapi nak lihat dengan mata hati, hati kena bersih.Ada tinggal-tinggal solat tak?”
Itulah cara ibu.Dalam kelembutan terselit ketegasan.
Sebelum mengakhiri perbualan,
“Fazal, cuba nanti tengok Hari Raya Aidil Fitri, Aidil Adha, Maal Hijrah, Maulud Nabi jatuh pada hari apa.Kiamat makin hampir,nak..”
Aku tidak dapat menangkap mesej ibu kala itu.
Setelah tamat perbualanku dengan Ibu,aku terus melihat kalendar.
Aku tergamam seketika.
*Hari Raya Aidil Adha
-27hb November 2009(JUMAAT)
*Tahun Baru Hijrah
-18hb Disember 2009(JUMAAT)
*Maulidur Rasul
-2hb Mac 2010(JUMAAT)
*Hari Raya Aidilfitri
-10hb September 2010(JUMAAT)
Mataku juga sempat menangkap perayaan-perayaan lain yang juga jatuh pada hari JUMAAT.
*Tahun Baru 2010
-1hb Januari 2010(JUMAAT)
*Hari Natal
-25hb Disember 2010(JUMAAT)
dan
*KIAMAT
-???(JUMAAT)
Renung-renungkan..





